Pages

Saturday, December 31, 2011

Untunglah, 2011 :)

Alhamdulillah, setahun berlalu, malam ni dah nak sambut new year 2012. Sepatutnya, aku kena pergi KFC 1 sebab staff-staff ada buat countdown, but siapa je yang nak melayan aku pergi sana? Huhukk, sedih sangat :( haha. Hm, sepanjang 2011 ni banyak sangat perkara yang best-best berlaku dekat aku. Syukurlah.. kan. Kira, banyak untunglah ini tahun. Jom, merepek jap.. 1, disebabkan result PMR yang agak baik aku dapat MP3 dari kakak-kakak aku. Even ada yang cakap ''Ala.. setakat MP3'' tapi, dekat sekolah ramai jugak yang dok pinjam sampai nak buat harta sendiri. Amboiii.. 2, tahun ni jugak aku dah ada netbook sendiri. Free pulak tu.. So tak ada lah nak mengharapkan laptop orang lain if nak online kan? 3, kalau da ada netbook, tak lengkap la kalau tak ada BroadBand kan? So tahun ni jugak aku dah start pakai internet sendiri. Walaupun, bukan aku yang bayar. Haha. Tu yang rajin bebeno melayan FB, adoii. 4, kalau dulu phone cikai-cikai je. Kamera un tak ada. Tapi sekarang dapatlah merasa touch screen. Even tak lah secanggih phone kawan-kawan yang lain tu. 5, dapat dah rasa alam pekerjaan ni, even umur baru 16. So, dah tahu betapa susahnya nak cari duit.. Pengajaran.. sendiri fikirlah :) 6, of course lah dapat kawan-kawan baru. Setiap tahun dapat kawan baru kot. HAha berlagak lah shial :D Okay cukup,  dah malas nak merepek, happy new year :') *sedih sungguh sambut new year dekat rumah*

No comments: